Antarabangsa

Remaja Minnesota Jalani Raptai Puasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MINNESOTA, 08 April 2022 – Kumpulan belia dan masjid di Minnesota menganjurkan program “Raptai Puasa” beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadan, agar kanak-kanak dan remaja Islam di sana bersiap bersedia untuk menyambut bulan suci itu.

Maaz Mohammad, graduan Universiti Minnesota berkata, kumpulan belia di bawahnya telah menganjurkan “Raptai Puasa” untuk jemaah kanak-kanak di Masjid Blaine yang berumur 13 tahun dan ke atas.

Caranya? Dengan memberi galakan kepada jemaah-jemaah kecil itu untuk cuba berpuasa penuh selama satu hari.

Mereka kemudiannya akan berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum makan makanan berat seperti biryani atau pizza.

“Berkumpul bersama rakan sebaya mereka, berbicara sesama sendiri dan sudah tentunya bergembira, saya fikir ia memudahkan untuk menyemai semangat Ramadan dalam diri mereka,” kata Mohammad.

Program Masjid Blaine itu merupakan salah satu dari program yang dianjurkan oleh kumpulan belia Islam dan masjid di Minnesota untuk membantu golongan muda bersedia menyambut bulan Ramadan.

Selain “Raptai Puasa”, aktiviti lain yang diadakan termasuklah perbincangan Instagram Live oleh Persatuan Pelajar Muslim di U dan seminar Minneapolis yang dihoskan oleh Strive Sisterhood yang memfokuskan kepada sebab berpuasa menurut agama Islam serta topik seperti “mengekalkan hubungan dengan Allah” dan “masa /pengurusan tenaga.”

Tambah Mohammad, kira-kira 60 orang remaja menyertai program yang diadakan pada 24 Mac itu.

Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan adalah seperti kuiz bertemakan Ramadan dan skit lakonan yang menunjukkan seseorang tidur berlebihan dan tergesa-gesa menyediakan makanan sebelum masuk waktu Subuh.

“”Saya rasa ramai kanak-kanak benar-benar seronok. Mereka seronok melakonkan senario dan perkara yang berbeza, dan semua orang bergembira,” kata Mohammad lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: