Tempatan

Stigma HIV & Normalisasi Amalan Berisiko – Dr Ahmad Muslim, Pakar Perubatan Keluarga, Aktivis I-Medik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Disember 2022 – “Kita tahu stigma dan diskriminasi terhadap Orang Dengan HIV dan AIDS (ODHA) antara faktor yang menghalang ODHA dan golongan yang berisiko untuk melakukan ujian saringan dan hadir ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan,”ujar Dr Ahmad Muslim, Pakar Perubatan Keluarga.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kenyataan yang disiarkan di portal https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/12/01/groups-condemn-ukm-lecturers-allegedly-discriminatory-remarks-on-lgbtq-community-at-mohs-world-aids-day-event/43003

Menurutnya, kita juga tahu stigma dan diskriminasi ini kebanyakan berlaku di kalangan populasi utama (key population) atau golongan terpencil (marginalised group) antaranya Homoseksual, Biseksual, Transgender, Pekerja seks wanita dan penagih dadah menggunakan jarum suntikan.

Jelas beliau yang juga Aktivis I-Medik itu, data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan transmisi HIV pada tahun 2021 majoritinya (96%) adalah melalui hubungan seks, dengan kadar heteroseksual kepada homo/biseksual sebanyak 1:1.8 dan trend kenaikan transmisi melalui hubungan seks melebihi melalui perkongsian jarum bermula tahun 2011 sehingga sekarang.

Penurunan jangkitan HIV di kalangan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan menunjukkan kejayaan Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction Programme). Kenaikan kes HIV di kalangan Homoseksual, Biseksual, Transgender, Pekerja seks wanita pula adalah situasi yang sangat merisaukan dan perlu diambil perhatian.

Beliau berkata, stigma dan diskriminasi pada asasnya tidak patut berlaku kepada siapa sahaja termasuk ODHA. Malah, Islam melarang kita mengamalkan stigma (berprasangka buruk)(Hujurat: 12) dan merendahkan martabat orang lain (Hujurat: 11).

“Sebagai umat Islam, kita diminta untuk sentiasa memberikan harapan, memberi peluang dan menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang tersasar atau tersilap (al-Imran: 135-136),”ujarnya.

Apakah seruan ataupun nasihat untuk bertaubat, galakkan hubungan heteroseksual melalui perkahwinan yang sah, dan larangan zina, banyak pasangan dan amalan seks luar tabii dikategorikan sebagai stigma kepada ODHA? Saya rasa tidak. Apa yang kita boleh perbaiki adalah penggunaan kata-kata yang sesuai dan tidak menghukum.

Adapun seruan dan nasihat ataupun larangan yang menjuruskan kepada mengurangkan aktiviti dan cara hidup berisiko tinggi seperti homo, biseksual, transgender, seks bebas, mempunyai ramai pasangan dan menagih dadah adalah sangat penting dan sepatutnya menjadi salah satu usaha untuk mengakhirkan AIDS berdasarkan data-data yang jelas. Ia juga sepatutnya sekuat dan selantang seruan kita untuk menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap ODHA.

“Jangan kita pula menyeru untuk menghentikan stigma dan diskriminasi dengan menghalalkan dan menormalisasikan aktiviti dan cara hidup yang berisiko yang tidak selari dengan agama dan budaya kita di sini,”tegasnya.

Bagaimanapun, sikap dan pendirian kita jelas, kepada ODHA, kita prihatin dan empati agar HIV/AIDS dapat dirawat, dan pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat. Kepada cara hidup berisiko dan terlarang, ia adalah cara hidup yang salah disisi fitrah, agama, budaya dan kesihatan yang perlu dihentikan pengamalannya dan tidak patut dipromosi dan dinormalisasikan,”katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker