Tempatan

PKP Ketika Aidilfitri Sekiranya Perlu – Perdana Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERA, 24 Januari 2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 ketika perayaan Aidilfitri.

Sebarang keputusan untuk melaksanakan PKPD tersebut akan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jelas Ismail Sabri lagi.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menutup lagi negara daripada segi perniagaan dan sebagainya, termasuk jaminan tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Saya beri jaminan kita tidak akan menutup lagi negara dari segi perniagaan dan sebagainya, bebas seperti sekarang sektor ekonomi kita dibuka seperti biasa, termasuk pergerakan rakyat seperti biasa.”

Justeru, Ismail Sabri menyatakan walaupun berlaku penularan COVID-19 dan peningkatan kes membabitkan varian Omicron masih direkodkan di negara ini, namun ia tidak bermakna penutupan sepenuhnya aktiviti rentas negeri dan daerah akan dilakukan oleh kerajaan.

Menjelaskan lagi perkara tersebut, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara tidak akan berlaku pada perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Kita tidak akan menutup lagi sempadan negeri dan daerah dan kita juga tidak buat PKP seluruh negara.”

Dua tahun kebelakangan ini, umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitiri semasa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara akibat pandemik Covid-19.

Ismail Sabri yang ketika itu memegang portfolio Menteri Kanan (Keselamatan) mengumumkan bahawa ziarah pada hari raya pertama Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam daerah masing-masing sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: