Tempatan

TERKINI: PM Dijadualkan Menghadap Agong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Oktober 2022 – Seorang sumber di Putrajaya memberitahu bahawa Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri dijangka mengadap Agong pada pukul 4.30 petang ini, lapor sebuah portal tempatan.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri ke-9 itu akan memohon perkenan Agong untuk pembubaran Parlimen, beliau telah dijadualkan untuk mengadap Agong petang ini.

Ia juga dikatakan rutin mingguan Perdana Menteri sebelum mesyuarat Kabinet diadakan, tambah portal itu lagi.

Permohonan pembubaran itu dipercayai berikutan pandangan UMNO bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan segera bagi menamatkan kemelut politik dan ketidaktentuan ekonomi waktu ini.

Susulan itu, sejumlah pengamal media sudah berkumpul di luar pintu masuk Istana Negara seawal jam 7.30 pagi tadi.

Baru-baru ini, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini.

Berikutan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: