UMNO Sepakat PM Mengadap Agong Untuk Tarikh Bubar Parlimen – Zahid Hamidi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi meminta Parlimen dibubarkan segera selepas diarahkan oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri melalui hantaran di Instagramnya.
“Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.”
Media tempatan turut melaporkan berkenaan dakwaan Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka Baginda hari ini.
Walau bagaimanapun, sumber Istana Negara memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang makluman berhubung kunjungan daripada Perdana Menteri itu.
Menurut Ahmad Zahid Hamidi, masa tidak akan menunggu waima seminit mahupun sesaat amat berharga untuk memastikan negara kembali ke landasan yang sebenar.
Justeru, PRU-15 amat mustahak dilangsungkan sekarang untuk memastikan Kerajaan yang lebih stabil, kukuh dan efisien dibentuk bagi membantu rakyat keseluruhan serta amat mustahak diadakan bagi memastikan pembentukan sebuah Kerajaan yang berdaya untuk membentengi negara daripada impak kemelesatan ekonomi dunia yang diramalkan tahun depan.