Antarabangsa

Meta ‘Sorok’ Berita Syahid Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 14 Ogos 2022 – Gergasi media sosial, Meta dipercayai telah menapis dan menyekat penyebaran berita-berita yang memaparkan pembunuhan pejuang-pejuang pembebasan tanah Palestin baru-baru ini.

Ibrahim al-Nabulsi, seorang komander kanan Briged Syuhada Al-Aqsa, Fatah telah dibunuh pada 9 Ogos lalu oleh tentera Israel semasa serbuan tentera di bandar Nablus, Tebing Barat. Serbuan itu turut mengorbankan dua lagi pejuang Palestin iaitu Islam Sobhi dan Hussain Jamal Taha.

Sejurus kematian beliau, gambarnya telah tular di media sosial namun gambar dan video yang dikongsi oleh beberapa orang wartawan dan aktivis telah disekat di platform media sosial bawah Meta.

Mereka mengatakan, Instagram dan Facebook sudah mula memadam dan menapis gambar ‘syahid’ dan keluarganya berikutan pembunuhan tersebut. Meta juga menyekat sebarang hantaran yang menyebut nama Ibrahim, Islam dan Hussain serta kandungan yang meratapi pemergian mereka.

Kebanyakan sekatan kandungan dikenakan ke atas berita-berita yang dimuatnaik oleh wartawan yang berpangkalan di Tebing Barat, Gaza dan juga tanah jajahan Baitulmuqaddis.

“Israel telah menghukum pengguna yang menyiarkan kandungan berkaitan Palestin dengan mengurangkan serta mengehadkan penglibatan dan interaksi mereka,” jelas wartawan Palestin, Aseel Sulieman.

Meta juga bertindak menapis sebuah rakaman video mengenai ibu Ibrahim yang membawa jenazah anaknya ketika pengebumian.

Sada Social, sebuah inisiatif yang memantau penggantungan kandungan dan akaun Palestin telah membongkarkan bahawa sekurang-kurangnya 75 akaun aktivis dan wartawan telah disekat atau dipadam di platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam tempoh 24 jam selepas kematian Ibrahim Al-Nabulsi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: