Antarabangsa

Bunuh Bayi 18 Bulan, Mahkamah Tolak Rayuan Peneroka Yahudi Terima Hukuman Penjara Seumur Hidup

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 03 September 2022 – Mahkamah Agung rejim haram aparteid Israel menolak rayuan peneroka Yahudi yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas mengebom sebuah rumah menyebabkan seorang bayi berusia 18 bulan dan ibu bapanya terkorban pada tahun 2015.

Bayi berusia 18 bulan, Ali Dawabsha mati terbakar apabila rumah keluarganya di Duma, Tebing Barat diserang bom api. Ibu bapanya kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami manakala abang bayi tersebut, Ahmed merupakan satu-satunya yang terselamat, tetapi mengalami luka melecur yang teruk.

Lapor agensi media arab, jenayah kejam itu telah menimbulkan rasa jijik masyarakat antarabangsa dan rejim haram aparteid Israel dipercayai tidak peduli atas kekejaman yang terjadi.

Menurut hakim, tindakan Amiram Ben-Uliel adalah bertentangan dengan semua nilai moral agama Yahudi dan perkauman serta kebencian terhadap agama lain tidak sesuai dengan agama Yahudi.

“Dahsyatnya jenayah ini terzahir dengan sendirinya dan tiada perkataan dapat menggambarkan kengeriannya,” kata mereka. Pembunuhan kejam itu menarik perhatian kepada ekstremisme Yahudi dan rejim haram aparteid Israel didakwa tidak bertindak sewajarnya bagi menghalang jenayah tersebut.

Rejim haram aparteid Israel telah menceroboh Tebing Barat sejak tahun 1967 dan kira-kira 475,000 peneroka Yahudi kini tinggal di Tebing Barat dalam kelompok yang dianggap haram oleh majoriti masyarakat antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: