Antarabangsa

Rejim Haram Aparteid Israel Halang Hakim Jordan Masuk Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIRUT, 26 Ogos 2022 – Menteri Dalam Negeri Israel, Ayelet Shaked telah melarang hakim kanan Jordan, Sheikh Trad Al-Fayez daripada memasuki kawasan Palestin yang diduduki baru-baru ini.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, Ayelet berkata, “Selepas melanggar syarat visa dan hasutan serius terhadap negara, saya mengarahkan supaya dia dilarang masuk ke Israel.”

 

Sheikh Trad juga menegaskan bahawa beliau tidak membenarkan pegawai rejim haram Israel mengecop pasportnya kerana tidak melihat sebarang penghormatan daripada tindakan itu.

Jelasnya, lawatan beliau ke Palestin diadakan bagi menyelesaikan isu antara dua keluarga di negara tersebut sekali gus mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.

Turut dimaklumkan, tidak lama lagi beliau akan melangkah ke tanah Palestin yang bebas dan menyeru negara-negara Arab untuk menyumbang ke arah kemenangan itu. Tegas beliau, “Palestin adalah paru-paru Jordan.”

Aktivis sayap kanan Israel pula telah melancarkan kempen menentang Sheikh Trad dan mendakwa beliau telah ‘menghasut’ menentang Israel semasa lawatannya. Mereka turut menyiarkan sebuah rakaman Sheikh Trad bercakap dengan beberapa orang penduduk Arab Negev.

“Ini adalah Palestin, tanah keturunan Arab dan tanah Islam, kamu adalah orang Arab. Bahkan mereka yang bekerjasama dengan pendudukan akan kembali sedar suatu hari nanti,” ujar beliau di dalam rakaman tersebut.

Mengulas lanjut, Sheikh Trad mengamanahkan rakyat Jordan untuk melindungi Palestin terutamanya kerana Tebing Barat diduduki semasa pemerintahan Jordan. Selain itu, beliau menegaskan bahawa Jordan berdiri bersama kebebasan rakyat dan pemuda Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: