Antarabangsa

Serangan Israel-Palestin: 360 Cedera, 44 Syahid Termasuk 15 Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 08 Ogos 2022 – Seramai 44 rakyat Palestin termasuk 15 kanak-kanak dan 4 wanita syahid terkorban susulan serangan Israel ke atas wilayah Gaza selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini.

Serangan selama tiga hari itu tercetus apabila Israel didakwa menyasarkan pejuang Palestin yang berpangkalan di Gaza. Ia telah mengorbankan 44 nyawa dan mengakibatkan kecederaan kepada 360 orang mangsa serangan.

Konflik kembali meletus sejurus sahaja serangan udara mengejut dilancarkan terhadap sebuah bangunan di Bandar Gaza yang telah mengorbankan nyawa seorang komander tertinggi Jihad Islam Palestin, Khaled Mansour.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) turut mengesahkan kematian komander kanan Jihad Islam, Tayseer Jabari di Utara Gaza.

Selain itu, Kementerian Kesihatan wilayah tersebut melaporkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Gaza yang menjadi salah seorang mangsa akibat serangan zionis Israel baru-baru ini.

Terkini, genjatan senjata telah dimulakan sejak 11.30 malam semalam dengan Mesir bertindak sebagai orang tengah dalam usaha menghentikan peperangan di Gaza yang berlarutan sejak tiga hari lalu.

Back to top button