Tempatan

Perkasa Undang-Undang Berkaitan LGBT, Pelihara Akidah Umat Islam 

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERAI, 03 September 2022 – Undang-undang berhubung budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) harus diperkasa demi memelihara akidah umat Islam negara ini.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahya, pihak Kerajaan harus peka akan ancaman yang dibawa oleh penyokong ideologi LGBT berikutan ketika ini pengaruh itu sedang meresap masuk di rantau ini.

Beliau juga menggesa agar semua pihak bersedia untuk mempertahankan negara dari ancaman ideologi itu di mana baru-baru ini sebuah negara di rantau ini sedang dalam usaha ‘menghalalkan’ budaya songsang berkenaan.

“Sistem perundangan semasa yang meletakkan amalan LGBT sebagai suatu kesalahan jenayah telah termaktub dalam Seksyen 377 Kanun Keseksaan. Begitu juga pelbagai peruntukan enakmen negeri yang perlu terus diperkasa bagi melindungi ancaman LGBT kepada keutuhan bermasyarakat dalam negara,” ujarnya.

Kata beliau, undang-undang harus dikuatkuasakan dengan serius terutamanya dalam konteks sexual grooming di pelbagai platform media sosial. Malah, rancangan-rancangan kartun kanak-kanak yang ditayangkan menerusi penstriman langsung seperti Netflix juga hendaklah ditapis.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut memetik Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar memainkan peranannya dalam mengekang unsur-unsur LGBT dalam karya perfileman dari memasuki negara ini.

Justeru katanya, pihak Kerajaan perlu menambah baik dasar sosial di bawah Pelan Tindakan Sosial Islam 2019-2025 agar budaya songsang dan agenda LGBT itu dapat disekat dari meresap masuk ke negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: