Antarabangsa

PBB Tolak Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 18 Oktober 2023  – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak draf resolusi gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang dicadangkan Rusia dalam mesyuarat tergempar.

Draf resolusi itu menerima lima undian yang menyokong, manakala empat lagi menolak selain enam berkecuali.

Negara yang menolak resolusi itu ialah Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Jepun.

Resolusi memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh lima anggota tetap (Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Perancis dan Britain) untuk lulus.

Rusia mencadangkan resolusi itu untuk menggesa pembebasan tebusan, akses bantuan kemanusiaan, dan pemindahan selamat orang awam yang memerlukan.

Bagaimanapun, resolusi itu mengutuk keganasan terhadap orang awam dan semua tindakan keganasan tetapi tidak menamakan Hamas.

Justeru, Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menuduh Rusia memberi perlindungan kepada kumpulan Hamas sambil mengecam tindakan Hamas.

“Ia (resolusi Rusia) hipokrit dan ia tidak boleh dipertahankan,” ujarnya.

Namun begitu, Duta Besar Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia menegaskan undian tersebut menunjukkan negara mana yang menyokong gencatan senjata atau menghentikan pengeboman tanpa menyebelahi mana-mana pihak, selain mendesak supaya bantuan kemanusiaan disalurkan segera.

“Seluruh dunia menunggu dengan penuh sabar untuk Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah bagi menamatkan pertumpahan darah ini.”

“Namun, delegasi Barat telah menghancurkan harapan itu,” kata Nebenzia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: