Antarabangsa

Israel Boleh Jalin Hubungan Lebih Erat Dengan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 26 November 2022 – “Tidak seperti pendahulunya Mahathir, PM Malaysia yang baharu, Anwar Ibrahim tidak menggelar dirinya sebagai ‘antisemit’; musuh-musuhnya menghinanya sebagai ‘ejen’ Yahudi dan/atau Kristian. Israel sangat berharap akan hubungan yang lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkinkah ini peluang?”

Ini merupakan kenyataan dari Esther Solomon, Ketua Editor Haaretz di Twitternya. Haaretz merupakan sebuah portal yang menyampaikan berita-berita berkaitan rejim haram apartied Israel.

Memetik laporan dari portal itu, pada tahun 2013, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat kecaman dalam negara kerana menyokong penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin.

Pada waktu itu, beliau memberitahu Wall Street Journal bahawa beliau memihak kepada “usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” dan pada masa yang sama menyokong “hak sah rakyat Palestin.”

“Ada yang enggan mengiktiraf negara Israel tetapi saya fikir dasar kita harus jelas – melindungi keselamatan [Israel] tetapi anda mesti tegas dalam melindungi kepentingan sah rakyat Palestin,” katanya kepada Wall Street Journal, menurut Haaretz.

Ini adalah kenyataan penting daripada ahli politik kanan di negara yang pasportnya menyatakan “sah untuk semua negara di dunia, kecuali Israel,” tambah portal rejim haram aparteid itu lagi.

Berikutan kecaman yang diterima, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau tidak akan menjalinkan hubungan diplomasi dengan Israel sehinggalah ia benar-benar menyokong cita-cita rakyat Palestin.

“Walaupun kenyataannya bercampur-campur, Anwar Ibrahim pastinya lebih terbuka kepada Israel berbanding Mahathir yang berhaluan keras, yang berpotensi memberi peluang kepada Israel untuk memperbaiki hubungan sedikit sebanyak,” kata portal itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: