‘Kemusnahan’ Palestin Merupakan Agenda Utama Negara Rejim Haram Aparteid Israel
PALESTIN, 22 Mac 2023 – Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang dikenali sebagai seorang individu yang sering mengeluarkan kenyataan berunsurkan pengkhianatan terhadap rakyat Palestin sekali lagi telah menyatakan bahawa “warga Palestin sebenarnya adalah rekaan”.
Sebelum ini Smotrich telah membuat seruan agar perkampungan warga Palestin, Huwara untuk dilenyapkan.
BACA JUGA: Peluk Islam Dengan Kebenaran Bapa, Undang-Undang Negeri Perlis Selari Perlembagaan
BACA JUGA: Syed Saddiq Jangan Tunjuk Liberal Sangat – Ketua Penerangan PERKASA
BACA JUGA: CelcomDigi Gabung, Milik Khazanah, Tapi Peranan Melayu Dikecilkan – Presiden PERKASA
Kenyataan terkini Smotrich itu menurutnya adalah sebuah “kebenaran biblikal” di mana beliau mendakwa bahawa warga Palestin adalah orang-orang rekaan di tanah Israel dan telah menuntut hak rekaan di tanah Israel hanya untuk memerangi pergerakan Zionis.
Retorik yang dibawa oleh Smotrich itu sama sekali tidak membawa sebarang kebaikan kepada usaha pendamaian, bahkan hanya akan menambahkan pertikaian diplomatik.
Namun kenyataan sedemikian secara jelas menunjukkan bahawa komuniti antarabangsa dapat menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan rejim haram aparteid Israel yang terkini seperti agenda penaklukan secara jelas yang bermula sekitar tahun 1948.
Pada 1948 iaitu sewaktu berlakunya peristiwa Nakba, di mana sekitar 750,000 warga Palestin telah dihalau daripada kediaman mereka, 530 buah kampung telah dihancurkan yang mana ianya adalah satu bentuk penghapusan etnik oleh Zionis yang kemudiannya membentuk Pasukan Pertahanan Israel.
Seterusnya pada 1969, mantan Perdana Menteri rejim haram aparteid Israel, Golda Meir pula terus mencurahkan minyak ke dalam api apabila beliau membuat sebuah kenyataan menafikan tentang kewujudan warga Palestin.