4 Tentera Maut: Syria Mahu PBB Hukum Negara Haram Aparteid Israel
SYRIA, 08 Ogos 2023 – Syria telah menyeru agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil langkah segera terhadap serangan misil terkini Israel yang dilancarkan terhadap Syria setelah tindakan terakhir rejim haram tersebut sebelum ini mengorbankan nyawa empat orang tentera Syria.
Serangan yang berlaku pada awal Isnin lalu daripada arah Golan Heights mensasarkan sekitar ibu negara Syria, Damsyik. Serangan tersebut turut menyebabkan empat orang tentera tercedera dan kemusnahan di beberapa tempat.
Menerusi sebuah kenyataan yang dibuat beberapa jam setelah serangan tersebut dilancarkan, Kementerian Luar Syria telah menggesa PBB dan Majlis Keselamatan badan tersebut untuk mengutuk tindakan rejim haram itu.
BACA JUGA: Mufti NZ Gesa Umat Islam Jauhi Kumpulan Sihulk, Komuniti Bantah Pemberian Suaka
BACA JUGA: Rakyat Rayu Kerajaan Bantu Bina Jalan Dan Kemudahan Asas
BACA JUGA: Shopee Hapus Serta-Merta Penjualan Air Minuman SiHulk
Pihak yang sama juga turut menggesa badan antarabangsa tersebut untuk mengambil ‘tindakan segera bagi memaksa Israel menghentikan polisi-polisi mereka yang bersifat agresif’.
Kenyataan itu turut menyebutkan bahawa Israel terus menerus menjalankan ‘polisi-polisi agresif dan melampau’ mereka dan dalam masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) pula meneruskan keberadaan mereka secara haram di tanah Syria.
Tindakan yang dibuat oleh Israel dan AS di Syria itu sekali lagi membuktikan bahawa Israel adalah alat AS dalam usaha menyebarkan huru-hara di rantau tersebut. Ianya juga adalah sebab utama bagi kelemahan keselamatan dan kestabilan di rantau itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan oleh Kementerian Luar Syria.
AS terus menerus menghalang tindakan anti-Israel yang dibuat oleh PBB dengan menggunakan kuasa veto mereka yang mana tindakan tersebut telah menghalang badan antarabangsa tersebut menjalankan tanggungjawab mereka dalam hal berkenaan rejim haram Israel.