Antarabangsa

Israel & Turkiye Pulih Hubungan Diplomatik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 19 Ogos 2022 – Israel dan Turkiye memutuskan untuk menormalisasikan kembali hubungan diplomatik antara kedua negara sepenuhnya kelmarin.

Pengumuman tersebut dibuat susulan perbualan di antara Perdana Menteri Israel, Yair Lapid dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

“Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. Kami mengucapkan tahniah kepada satu sama lain atas keputusan untuk memperbaharui sepenuhnya hubungan diplomatik kami,” kata Yair Lapid, menerusi ciapan Twitternya.

 

Yair memuji tindakan tersebut sebagai suatu aset penting yang menyumbang kepada kestabilan serantau dan membawa manfaat besar untuk kedua-dua negara.

Dalam pada itu, keputusan tersebut juga menekankan mengenai pelantikan baru duta dan konsul ke Israel dan Turki, selain meningkatkan kerjasama kedua negara dalam bidang pelancongan dan perdagangan.

Walaupun hubungan diplomatik kedua negara kembali pulih sepenuhnya, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menegaskan bahawa langkah tersebut tidak bermakna bahawa Turki akan meninggalkan perjuangan Palestin.

“Kami sentiasa berkata kami akan terus mempertahankan hak Palestin, Baitulmaqdis dan Gaza. Ia penting bahawa pesanan kami disampaikan ke peringkat kedutaan di Tel Aviv,” jelasnya.

Sebelum ini, hubungan antara Turkiye dan Israel dihentikan berikutan serangan tentera penjajah Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang menyebabkan kematian 10 warga Turki di perairan antarabangsa pada Mei 2010.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: