Antarabangsa

China Didakwa Melakukan Pelanggaran Hak Asasi Manusia Terhadap Etnik Uighur – PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 01 September 2022 – China didakwa melanggar hak asasi manusia yang serius terhadap Muslim Uighur dan etnik minoriti lain.

Perkara itu didedahkan berdasarkan laporan dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB dalam menilai dakwaan penderaan terhadap Muslim Uighur serta etnik minoriti lain yang dinafikan pihak China.

China bahkan menggesa agar pihak PBB tidak mengeluarkan laporan tersebut yang dianggap ‘drama’ yang dirancang oleh pihak Barat.

Namun, pihak penyiasat menemui bukti penyeksaan yang meyakinkan di mana ia boleh membawa kepada jenayah terhadap kemanusiaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa China telah menggunakan undang-undang keselamatan negara yang kurang jelas bagi menyekat hak minoriti serta mewujudkan sistem penahanan yang menyalahi undang-undang.

Laporan itu juga mengatakan bahawa tahanan telah dilayan dengan buruk termasuklah keganasan seksual dan keganasan berasaskan jantina.

Berikutan itu, PBB menggesa China melepaskan semua individu yang ditahan dengan segera serta menyatakan bahawa tindakan-tindakan China itu mampu membawa kepada jenayah antarabangsa termasuk jenayah terhadap kemanusiaan.

Kongres Uighur Sedunia turut menyokong laporan itu dan menggesa tindak balas dari pihak antarabangsa.

“Ini adalah cara untuk tindak balas antarabangsa terhadap krisis Uighur. Walaupun kerajaan China dengan keras menafikan, PBB kini secara rasmi telah mengiktiraf jenayah ngeri sedang berlaku,” kata Omer Kanat, Pengarah Eksekutif Projek Hak Asasi Manusia Uighur.

China bagaimanapun mengatakan bahawa tindakan keras yang dilakukan di Xinjiang itu adalah untuk mencegah keganasan dan membasmi ekstremisme Islam. Beberapa negara turut menyifatkan tindakan itu sebagai pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik minoriti berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: