Tempatan

Konflik Palestin-Israel: Berita Pembukaan Sempadan Rafah Harapan Palsu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA,18 Oktober 2023 – Berita pembukaan pintu sempadan Rafah bagi membenarkan konvoi kemanusiaan memasuki Gaza adalah harapan palsu.

Memetik laporan media tempatan, warga Malaysia yang berada di bumi Gaza, Nurul Ain Harun berkata, sejurus mendengar berita tersebut, ramai penduduk mula berkumpul di kawasan sempadan berkenaan namun penantian mereka hanya sia-sia.

Ujarnya,pihak berkuasa di pintu sempadan belum menerima apa-apa arahan bahkan serangan masih berlanjutan sehingga terdapat kawasan Rafah yang diserang.

Lanjutan itu, NGO Cinta Gaza Malaysia (CGM) turut melaporkan di X, setakat 6.15 petang 16 Oktober 2023, Sempadan Rafah tidak dibuka walaupun khabar mengatakan ia akan dibuka pada jam 2 petang (waktu Malaysia).

Tambah CGM, “Difahamkan’ kekeliruan itu berpunca daripada keputusan pembukaan sempadan tersebut tidak dipersetujui majoriti menteri Israel.”

Lebih membimbangkan, kebanyakan kedai runcit sudah mula kehabisan stok makanan dan rakyat Gaza hanya bergantung kepada bekalan sedia ada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: