GEMPAR! Pelampau Yahudi Kencing Di Perkarangan Al-Aqsa
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BAITULMUQADDIS, 25 Januari 2023 – Pelampau Yahudi bertindak mencemarkan perkarangan Masjidil Aqsa dengan kencing di tapak suci itu baru-baru ini.
Menerusi sebuah rakaman yang dikongsi oleh media Timur Tengah, kelihatan dua orang peneroka Yahudi sedang meminum arak, manakala seorang pelampau membuang air kecil di satu sudut sekitar tapak suci berkenaan.
#WATCH
Israelis drink alcohol & urinate in Al-Aqsa compound
The event lasted several hours, Israelis also danced outside the mosque’s Bab Al-Amoud gate and raised the Israeli flag.READ: https://t.co/giu6TRk8Vv pic.twitter.com/WlR1xg8lHj
— Middle East Monitor (@MiddleEastMnt) January 20, 2023
Tindakan pencabulan Masjidil Aqsa itu berlaku susulan kesinambungan provokasi rejim haram aparteid Israel terhadap tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.
BACA JUGA: PERHATIAN, Air Sungai Di 4 Negeri Kini Di Tahap Amaran Dengan Trend Menaik
BACA JUGA: Bakar Quran: PERKASA Gesa Kerajaan Nilai Semula Hubungan Dengan Sweden
BACA JUGA: CPTPP Ancam 1.15 Juta SME Negara Ini – UMMAH
Khamis lalu, puluhan pelampau Yahudi menyerbu perkarangan masjid di bawah perlindungan tentera rejim. Mereka menaikkan bendera rejim haram bahkan memperlihatkan tarian provokatif di dalam kawasan sekitar masjid.
Sehubungan itu, gerakan pejuang HAMAS menyeru rakyat Palestin dari semua lapisan masyarakat untuk bergerak ke masjid, meningkatkan kehadiran sekali gus melindungi tapak suci daripada pencerobohan berulang oleh penjajah Israel.
Gerakan pejuang itu turut menggesa umat Arab dan Islam bersama-sama menyokong keteguhan rakyat Palestin dan berusaha untuk melindungi mereka daripada pencabulan pendudukan Israel.