Antarabangsa

Hampir 1,000 Tentera Simpanan Zionis Israel ‘Tarik Diri’, Protes Kerajaan Netanyahu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 28 Julai 2023 – Lebih 951 anggota simpanan aktif tentera rejim haram aparteid Israel akan menggantung perkhidmatan ketenteraan mereka sebagai protes menentang cadangan Kerajaan Benjamin Netanyahu untuk melemahkan badan kehakiman.

Perkara itu dimaklumkan merujuk kepada surat yang ditandatangani oleh 1,855 anggota simpanan Bahagian Risikan Tentera Israel, termasuk 951 pegawai dan kakitangan yang masih aktif.

BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM

BACA JUGA: PRN: Beberapa Jalan Di Kuala Nerus, Kuala Terengganu Ditutup Sabtu Ini

BACA JUGA: KTM Perkenal Sistem Baharu, Jualan Tiket Setiap 30hb

Mereka bertindak sedemikian bagi mendesak pakatan rejim haram aparteid itu meneruskan perundangan kehakiman untuk mengenakan rancangan pembaharuan kehakiman, yang melaluinya kerajaan rejim haram aparteid Israel berusaha melemahkan mahkamah serta kebebasannya.

Sementara itu, NGO Cinta Gaza Malaysia turut melaporkan, lebih satu perempat penduduk haram Israel sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan tanah pendudukan Palestin.

Sebanyak 28% responden memilih untuk berpindah ke luar negara, manakala 64% pilih untuk kekal dan 8% berasa tidak pasti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: