Antarabangsa

Israel Bakal Perkenal Hukuman Mati Terhadap Pejuang Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AL-QUDS, 30 Januari 2023 – Menteri Keselamatan zionis Israel, Itamar Ben-Gvir mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan undang-undang yang membenarkan hukuman mati terhadap pejuang kebebasan Palestin.

Lapor berita antarabangsa, menteri itu berkata sedemikian selepas mesyuarat kabinet keselamatan diadakan Sabtu lalu.

Katanya, “Saya harap kita akan lulus dengan majoriti yang besar.”

Menurut Itamar, langkah kabinet keselamatan yang baru diumumkan adalah penting dan dia akan meneruskan usaha membuat lebih banyak keputusan untuk ‘memerangi keganasan’.

Lanjutan itu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga mengatakan, kabinet keselamatan telah memutuskan beberapa siri langkah untuk ‘membanteras keganasan dan menetapkan tindakan pada pengganas dan penyokong mereka’.

BACA JUGA: Perkuburan Berusia 120 Tahun Bakal Lenyap, Penduduk Cetuskan Kebimbangan

BACA JUGA: Demam Babi Afrika Tidak Jangkiti Manusia – JPV

BACA JUGA: WASPADA Obor-Obor ‘Portuguese Man O’ War’

Tambah Netanyahu, langkah akan diambil untuk ‘memperkukuhkan penempatan’ sebagai tindak balas kepada serangan kumpulan pejuang.

Terdahulu, Itamar telah memperkenalkan hukuman mati terhadap rakyat Palestin yang didapati bersalah membunuh warga Israel sebagai syarat untuk puaknya menyertai kerajaan Netanyahu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: