Lelaki Palestin Ditembak Di Kepala Usai Solat Subuh
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RAMALLAH, 20 Ogos 2022 – Seorang lelaki warga Palestin ditembak oleh tentera Israel di kepala sewaktu dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan rumahnya awal pagi kelmarin.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa Salah Tawfiq Sawafta, 58 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan kritikal selepas ditembak di kepala dengan peluru hidup.
Insiden kejam tersebut terjadi semasa serbuan tentera Israel di bandar Tubas, utara Tebing Barat, Gaza. Pegawai tempatan memaklumkan bahawa Salah tidak memiliki sebarang senjata ketika ditembak.
Ministry of health: 58-year-old Palestinian man Salah Sawafta has succumbed to wounds he sustained after being shot in the head by Israeli forces in Tubas city, earlier today. pic.twitter.com/wC934E5O4L
— TPYXA Middle East (@MEPaper1090) August 19, 2022
Walaupun demikian, media Israel melaporkan sebaliknya di mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan bahawa pihaknya telah melepaskan tembakan terhadap suspek bersenjata yang menyerang mereka dengan tembakan dan bom api.
Kebelakangan ini, hampir setiap hari tentera Israel melakukan serbuan mencari dan menangkap penduduk di bandar dan kampung Palestin. Serbuan tersebut mengakibatkan ada rakyat Palestin yang cedera dan terbunuh.
Israel telah membunuh 134 rakyat Palestin tahun ini termasuk 49 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan tiga hari baru-baru ini di Semenanjung Gaza.