Antarabangsa

Tentera Israel Ceroboh Masuk 6 Pejabat Pertubuhan Hak Asasi Manusia Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 18 Ogos 2022 – Tentera penjajah Israel menceroboh masuk enam ibu pejabat pertubuhan hak asasi manusia Palestin awal pagi tadi.

Satu ciapan Twitter telah dimuat naik Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian (UAWC) mengatakan, “Tentera pendudukan Israel menyerbu pejabat UAWC awal pagi ini 18 Ogos, serta pejabat #6organisasi lain.”

Menerusi ciapan tersebut, dimaklumkan bahawa tentera Israel telah memusnahkan peralatan pejabat, merampas bahan dan fail serta meninggalkan notis perintah agar organisasi ditutup.

Pintu pejabat enam organisasi berkenaan turut ditutup dengan besi dan diisytiharkan sebagai organisasi yang melanggar undang-undang.

Pertubuhan Addameer pula memuat naik ciapan memaparkan notis yang ditinggalkan tentera Israel. Mereka telah mengisytiharkan bahawa Addameer ditutup secara paksa bagi menjaga keselamatan dan memerangi infrastruktur keganasan.

 

 

Susulan kejadian itu, #StandWithThe6 telah tular di laman Twitter mendedahkan organisasi-organisasi yang diceroboh tentera penjajah Israel iaitu UAWC, Al-Haq, Addameer, Pusat Penyelidikan & Pembangunan Bisan, Kesatuan Jawatankuasa Wanita Palestin (UPWC) dan Pertubuhan Pertahanan Kanak-Kanak Palestin (DCIP).

Enam organisasi yang diceroboh menuntut agar masyarakat antarabangsa mengambil tindakan serius terhadap perbuatan tentera Israel yang melampau.

Tegas mereka, “Melindungi kerja hak asasi manusia di Palestin adalah satu keperluan, untuk mempertahankan dan mengekalkan pertubuhan bukan kerajaan yang bebas dan kedaulatan undang-undang!”

Sebuah sidang akhbar akan dianjurkan oleh enam organisasi tersebut mengenai serbuan dan notis penutupan yang dibuat Pasukan Pendudukan Israel (IOF) pada 12pm waktu Palestin.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: