Arah Roboh 57 Sekolah, Hampir 7 Ribu Pelajar Palestin Hidup Tanpa Pendidikan
RAMALLAH, 27 Mei 2023 – Susulan arahan perobohan 57 buah sekolah Tebing Barat dikeluarkan, Majlis Pelarian Norway (NRC) mendedahkan hampir tujuh ribu pelajar Palestin menjalani kehidupan tanpa akses pendidikan.
Lapor media Palestin, keputusan kejam yang dikeluarkan rejim haram aparteid Israel itu dijangka memberi kesan kepada lebih 6,550 orang pelajar.
Pengarah NRC untuk Palestin, Caroline Ort menegaskan, “Kami menggesa Israel untuk tidak memusnahkan sekolah dan membatalkan semua arahan perobohan di Tebing Barat yang diduduki serta-merta.”
Jelasnya, “Apabila sekolah dirobohkan, ia bukan sahaja mengganggu pembelajaran pelajar tersebut tetapi juga masa depan keluarga mereka yang terpaksa berpindah tempat tinggal dan mata pencarian untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.”
BACA JUGA: PERHATIAN! Hujan Lebat Berterusan Bakal Landa Pantai Barat Semenanjung
BACA JUGA: YPPM Gesa Isytihar Pondok Pesantren Di Jawa Barat Sebagai Sesat
BACA JUGA: 200,000 Bangladesh Di Malaysia Tiada Dokumen, Bangladesh Bakal Jadi Bangsa Minoriti?
Dalam pada itu, Caroline juga menekankan bahawa keganasan rejim haram dan penceroboh Israel, pemusnahan harta benda serta penafian perkhidmatan asas telah memaksa tiga komuniti Palestin meninggalkan rumah mereka tahun ini.
Tanpa tindakan ketara untuk meminta Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa, semakin ramai rakyat Palestin akan diusir keluar secara paksa, ujarnya.
NRC juga mengingatkan, serangan pendidikan atau pemusnahan sekolah tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menghancurkan masa depan anak muda Palestin.
Seorang guru memaklumkan, walaupun mereka terpaksa membayar lebih mahal, mereka masih mahu memberi peluang kepada golongan kanak-kanak untuk belajar.
Mengulas lanjut, dua buah sekolah iaitu Ein Samiya dan Khashm al-Karm berisiko untuk dirobohkan rejim haram aparteid Israel kerana tidak mempunyai permit bangunan, yang dipercayai mustahil untuk diperoleh di bawah pentadbiran rejim.