Tempatan

Dilabel Anti Semitik, Tun M Label Puak Zionis Label Serupa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tetap mempertahankan pegangannya dalam menentang Israel, walaupun selepas sebuah akhbar yang berpangkalan di London melabel beliau sebagai anti-semitik.

Akhbar pro-Zionis itu menyiarkan laporan dengan mengkritik mengenai lawatan bekas Perdana Menteri itu baru-baru ini, di mana beliau menyampaikan ucapan di beberapa acara yang dianjurkan oleh umat Islam tempatan serta badan pemikir politik.

BACA JUGA: Kerja-Kerja ECRL Didakwa Punca Insiden Tanah Mendap

BACA JUGA: Hina Al-Quran: Pasar Raya Terkemuka Qatar Boikot Semua Produk Sweden

BACAA JUGA: Lebuh Raya KL-Karak Dibuka Semula Jam 7 Malam Ini

The Jewish Chronicle, yang dilihat sebagai jurucakap kepada kerajaan Israel, menghubungi Mahathir untuk mendapatkan jawapan terhadap dakwaan bahawa beliau seorang anti-semitik, berhubung ulasan beliau sebelum ini mengenai Zionisme dan penubuhan negara Israel.

Mahathir, yang diberi masa hanya beberapa jam sebelum laporan itu diterbitkan, mengecam akhbar itu, mengatakan ia sengaja menghantar e-mel kepadanya pada saat-saat akhir kerana ia “sebenarnya tidak mahu saya memberikan jawapan saya”.

“Saya akan memberikan jawapan saya kepada The Jewish Chronicle,” tulisnya.

Mahathir berkata beliau tidak kisah jika beliau dilabel anti-Semitik dan beliau turut mengatakan mereka juga adalah anti-semitik kerana tidak peduli dengan penderitaan orang Arab semitik, malah menurut beliau, penindasan rejim Zionis terhadap orang Arab di Palestin juga patut dikutuk.

Dalam jawapan enam muka surat yang disiarkan di Facebooknya, bekas Perdana Menteri itu turut menyelar penyokong Israel yang berhujah tanah Palestin adalah milik orang Yahudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: