Antarabangsa

Hukuman Mati Pengganas Dicemuh, Pribumi Palestin Dakwa ‘Dibunuh’ Di Jalanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 06 Mac 2023 – Warga Palestin telah mengutuk draf awal undang-undang Israel bagi menjatuhkan hukuman mati terhadap warga Palestin yang didapati “bersalah” atas tuduhan keganasan.

Draf undang-undang tersebut telahpun diluluskan bagi peringkat pertama di Knesset Israel pada minggu ini.

BACA JUGA: Mesin Layan Diri Menu IPR RM2 Susahkan Pengguna

BACA JUGA: Tan Sri Idrus Dilantik Semula Sebagai Peguam Negara

BACA JUGA: Penumpang Terkandas Tengah Landasan, Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan

Undang-undang yang telah dicadangkan oleh Itamar Ben-Gvir, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel itu telah selesai dibahaskan di peringkat awal pada Rabu lalu dan ianya dijangkakan akan melepasi peringkat kedua dan ketiga sebelum ianya menjadi undang-undang yang sah.

Warga Palestin menganggap undang-undang tersebut adalah bersifat perkauman, manakala beberapa ahli perkhidmatan keselamatan Israel pula telah memberi amaran bahawa undang-undang tersebut tidak akan menghalang serangan terhadap Israel, bahkan sebaliknya.

Presiden bagi Kelab Banduan Palestin, Qadura Faris telah menyatakan bahawa undang-undang tersebut hanya akan menonjolkan lagi Israel sebagai sebuah negara yang “mundur, fasis, aparteid dan berada di masa silam”.

Menurutnya lagi, “Undang-undang tersebut hanya mensasarkan kepada warga Palestin, ini telah memberi kepastian bahawa terdapat dua undang-undang di satu tempat yang sama di mana satu untuk warga Israel dan satu lagi untuk orang Palestin. Ini adalah perkauman”.

Buat masa ini, Israel menggunakan hukuman penjara seumur hidup yang bersamaan dengan 99 tahun terhadap warga Palestin yang didapati bersalah membunuh orang Israel. Terdapat sekitar 550 orang banduan di penjara-penjara Israel buat masa ini yang dipenjarakan di bawah undang-undang tersebut.

Tentera serta penceroboh Israel telah membunuh 67 orang warga Palestin sejak dari awal tahun ini dan jumlah tersebut termasuklah 13 orang kanak-kanak dan empat orang warga emas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: