Tempatan

Khianat: 51 Kubur Islam Disembur Cat, Seorang Lelaki Dicekup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BINTULU, 26 Julai 2023 – Seorang lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan susulan kes pencerobohan serta khianat melibatkan 51 kubur yang disembur cat bertempat di Tanah Perkuburan Islam Kemunting, Jalan Sebiew, Bintulu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt. Batholomew Ak Umpit, hasil daripada siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati, 41 kubur dicat dengan tulisan berwarna biru manakala sepuluh yang lain dicat dengan tulisan berwarna merah.

“Polis IPD Bintulu mengesahkan telah menerima satu laporan polis bersangkut Bintulu repot 7291/2023. Kes disiasat di bawah Seksyen 297/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan di kawasan tanah perkuburan dan perbuatan khianat ke atas harta benda,” kata beliau.

BACA JUGA: Hina Al-Quran: Pasar Raya Terkemuka Qatar Boikot Semua Produk Sweden

BACA JUGA: Kerja-Kerja ECRL Didakwa Punca Insiden Tanah Mendap

BACA JUGA: Bantah Konsert Gelek Di Shah Alam! – PU Syed

Dalam masa yang sama, suspek turut direman selama tiga hari bermula 25 Julai 2023 sehingga 28 Julai 2023 untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali. Selain itu, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.”

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana ia dikhuatiri akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes, Insp. Muhammad Hafizuddin bin Zaidi No. H.P 014-6066404 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: