Antarabangsa

China Sumbang USD 1 Juta Untuk Pendidikan Kanak-Kanak Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 14 September 2022 – Kerajaan Republik China menyumbang sebanyak USD 1 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA) untuk pendidikan kanak-kanak pelarian Palestin.

Sumbangan tersebut dibuat bagi memastikan pelajar di sekolah pelarian Palestin mendapat pendidikan asas yang berkualiti, saksama dan merangkumi semua, melalui program pendidikan UNRWA.

Agensi itu akan menggunakan sumbangan republik China untuk menampung pendidikan kepada kira-kira 9,200 pelajar di 19 buah sekolah di Tebing Barat selama dua bulan pada tahun ini.

Karim Amer, Pengarah Perkongsian di UNRWA berkata, “Bagi pihak UNRWA, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan China atas sokongan dan dedikasi berterusannya ke arah memelihara hak pelarian Palestin.”

Duta Besar China ke Palestin, Guo Wei pula memuji usaha UNRWA dan mengatakan bahawa sumbangan USD 1 juta itu diberi untuk meningkatkan taraf hidup pelarian Palestin.

Tegasnya, kerajaan China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mempromosikan semula hak rakyat Palestin dan mendesak penyelesaian yang adil terhadap negara tersebut untuk mencapai kestabilan, keamanan dan pembangunan di rantau Timur Tengah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: