Antarabangsa

Rejim Haram Aparteid Israel Mengaku ‘Bunuh’ Wartawan Palestin Shireen Abu Akleh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 06 September 2022 – Rejim haram aparteid Israel mengeluarkan kenyataan bahawa pembunuhan kejam wartawan al-Jazeera, Shireen Abu Akleh, berkebarangkalian dilakukan oleh tentera kumpulan pendatang haram Israel, tetapi secara “tidak sengaja”.

Menurut laporan, rejim haram aparteid Israel menganggap pembunuhan Shireen sebagai sesuatu yang tidak disengajakan kerana mereka mendakwa terdapat tembakan dari arah kawasan Shireen berada ketika itu.

Shireen terbunuh ketika menjalankan tugasan melakukan liputan pada Mei lalu apabila ditembak di kepala oleh tentera ganas Israel.

Pada Julai lalu, pihak Amerika Syarikat (AS) ‘menyucikan’ Israel dari dakwaan sengaja membunuh Shireen. Namun, kenyataan oleh al-Jazeera  sendiri menegaskan bahawa Shireen tidak “terbunuh secara tidak sengaja”, tetapi “dibunuh”.

“Dia ditembak di muka. Bukan di tangan atau kaki. Di muka. Itu bukan tembakan yang tanpa sengaja menyebabkan kematian. Itu adalah tembakan untuk membunuh,” menurut kenyataan tersebut.

Shireen adalah seorang wartawan yang merupakan warganegara Palestin-AS, di mana beliau telah terbunuh ketika membuat liputan sebuah pertempuran antara pejuang pertahanan Palestin dengan rejim haram aparteid Israel.

Ketika kejadian, beliau sudah memakai jaket wartawan, sebuah jaket berwarna biru yang boleh dikenalpasti oleh sesebuah pihak dalam pertempuran supaya tidak dicederakan.

Dalam pada itu semalam, sebuah portal antarabangsa melaporkan  seorang lagi wartawan Palestin dibunuh ketika berada dalam kereta oleh dua lelaki bertopeng.

Nadal Ijbaria, ditembak dari jarak dekat di kepala.

Keluarga wartawan berumur 44 tahun itu mendakwa pihak berkuasa rejim zionis itu bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut kerana mangsa sebelum ini pernah melaporkan secara rasmi menerima ugutan bunuh namun tidak diendahkan oleh pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: