Antarabangsa

Hina Al-Quran: Pasar Raya Terkemuka Qatar Boikot Semua Produk Sweden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 26 Julai 2023 – Rangkaian pasar raya terkemuka Qatar, Souq Al Baladi telah melancarkan boikot ke atas semua produk Sweden susulan insiden membakar al-Quran di Stockholm.

Menurut laporan, pasar raya itu telah mengeluarkan semua barangan keluaran Sweden daripada raknya selepas pihak berkuasa negara itu tidak menunjukkan sebarang usaha konkrit untuk menangani serangan hina al-Quran yang berlaku.

Sebelum ini, Sweden bertegas ia menjustifikasikan aksi mencemarkan al-Quran atas alasan kebebasan bersuara.

BACA JUGA: 69 Tahanan SOSMA Ancam Mogok Lapar 30 Julai Ini

BACA JUGA: PERHATIAN: Lebuhraya KL-Karak Ditutup Buat Sementara

BACA JUGA: Syarikat Elon Musk, Starlink Dibenar Beroperasi 100% Milik Asing – SKMM

Kerajaan negara itu juga mengutuk tindakan tersebut sebagai Islamofobia namun mengiktiraf hak yang dilindungi perlembagaan untuk kebebasan berhimpun, bersuara dan berdemonstrasi di negara itu.

Baru-baru ini, Kementerian Luar Negeri Malaysia turut memanggil Duta Sweden ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr Joachim Bergström bagi menyatakan kecaman keras Kerajaan Malaysia terhadap tindakan mencemarkan al-Quran di Stockholm, Sweden, pada 20 Julai lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: