Kerja-Kerja ECRL Didakwa Punca Insiden Tanah Mendap
KUANTAN, 26 Julai 2023 – Insiden tanah mendap yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dekat Bentong semalam dipercayai berpunca daripada kerja-kerja Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan berhampiran.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan mendedahkan kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah ECRL dijalankan di kawasan itu.
BACA JUGA: Pencemaran Sungai Kubang Tiga: Petani Terkesan, CAP Gesa Tindakan Tegas
BACA JUGA: Tanah Kubur, Sumber Air Bersih Suku Temiar Diceroboh Pekebun Sayur
BACA JUGA: Label Gelombang Hijau Untuk Takutkan Pengundi Cina – Azmin
Kejadian mendapan tanah (sinkhole) berlaku di Km 66.1 arah Barat dan Timur, di antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur. Siasatan awal mendapati terdapat kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah ECRL merentasi lebuh raya di lokasi terlibat.
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) July 25, 2023
“Kejadian mendapan tanah (sinkhole) berlaku di km 66.1 arah Barat dan Timur, di antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur. Siasatan awal mendapati terdapat kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah ECRL merentasi lebuh raya di lokasi terlibat,” katanya dalam Twitter.
Semalam berlaku satu kejadian mendapan tanah di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak yang menyebabkan laluan tersebut terpaksa ditutup.
Berikutan itu, semua pengguna yang ingin ke Kuala Lumpur dari Kuantan, diarahkan keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat. Manakala, pengguna dari Kuala Lumpur yang ingin ke Kuantan akan dilencongkan ke persimpangan Central Spine Road (CSR).
MAKLUMAN PENTING | 25 Julai 2023
ANIH BERHAD SAHKAN KEJADIAN TANAH MENDAP DI LEBUHRAYA KUALA LUMPUR – KARAK KM66.2#LPTdihati pic.twitter.com/9sz7eO95y4— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) July 25, 2023
Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan di tapak itu sedang dijalankan dan jika lulus ujian kekuatan dan selamat digunakan, ia boleh dibuka kepada pemandu lewat hari ini.
Update:
Kerja-kerja pembaikkan hampir siap! InsyaAllah kalau ujian kekuatan ok dan selamat, tengah hari dah boleh guna semula laluan highway Karak ini. https://t.co/vjXjIS1e4y pic.twitter.com/eVYoryouDT
— Rara (@youngsyefura) July 26, 2023