Antarabangsa

Pimpinan Netanyahu Menormalisasikan Keganasan Terhadap Warga Kristian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 10 April 2023 – Aksi kebencian yang dilakukan oleh kelompok fundamental Yahudi terhadap komuniti Kristian Jerusalem bukanlah sesuatu fenomena yang baharu namun ianya telah berlanjutan selama beberapa tahun.

Bukan sahaja kelompok Kristian Armenian yang menjadi mangsa kebencian tersebut bahkan para paderi daripada pelbagai denominasi Kristian pernah diludah oleh kelompok fundamental Yahudi ini.

BACA JUGA: Bukan Melayu Malaysia Hidup Seperti Orang Di Negara Asal

BACA JUGA: Lebih 1 Juta Jemaah, Saudi Tetap Kawasan Larangan Solat Masjidil Haram

BACA JUGA: NGO Gesa SPRM Siasat Majlis Perbandaran Klang

Sejak tahun 2005, perayaan-perayaan Kristian di sekitar tempoh Holy Week terutamanya Holy Fire Saturday telah mengundang sekatan tentera serta layanan yang kasar daripada tentera juga pendatang Yahudi.

Namun insiden yang mensasarkan golongan Kristian di Jerusalem telah dilaporkan menjadi semakin ganas dan menjadi seakan-akan kebiasaan sejak terbentuknya kerajaan baharu rejim haram aparteid Israel yang terkini, yang mana ianya merupakan kerajaan yang paling bersifat jalur kanan sepanjang sejarah negara haram Israel itu.

Pada awal tahun ini, telah berlaku kejadian di mana 30 buah kubur Kristian di kawasan perkuburan Protestan Mount Zion telah dirosakkan.

Manakala di Armenian Quarter, terdapat semburan cat yang tertulis “Kematian bagi orang Arab, Kristian dan Armenian” di dinding-dinding bangunan.

Di Church of the Flagellation pula, seseorang telah menyerang patung Jesus dengan sebatang tukul. Manakala pada bulan Mac lalu, seorang warga Israel telah menyerang seorang paderi yang sedang menjalankan ritual ibadat Kristian dengan sebatang bar besi.

Dalam kebanyakan kes, mangsa-mangsa serangan sebegini menyatakan bahawa pihak polis tidak mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangkap dan menghukum penyerang. Bahkan biasanya mereka mendakwa bahawa penyerang-penyerang itu adalah pesakit mental.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: