Antarabangsa

Kelab Bola Sepak UAE Terima Pemain Israel Pertama, Didakwa Langkah Normalisasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ABU DHABI, 14 Jun 2023 – Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipercayai membuat langkah normalisasi baharu apabila kelab bola sepaknya, Al Ain menerima pemain daripada negara haram aparteid Israel, Omer Atzili.

Media melaporkan, Al Ain FC telah menandatangani pemain berkenaan dari kelab bola Israel, Maccabi Haifa dan pemain itu dianggarkan menerima gaji hampir RM8.8 juta ($1.9 juta) setiap musim.

Omer Atzili juga dikatakan bakal menjadi penceroboh Yahudi pertama yang bermain dalam liga negara Arab malah tindakan kelab bola UAE itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

BACA JUGA: 2.9 Juta Pengundi Baharu, Isu Bangsa & Agama Jadi Taruhan

BACA JUGA: Subsidi Buat Golongan ‘Kayangan’ Tidak Munasabah Diteruskan – PM

BACA JUGA: Raja Salman Tanggung Kos 1,000 Jemaah Haji Keluarga Syuhada Palestin

Memetik sumber, dikatakan, UAE seolah-olah menutup mata terhadap jenayah pendudukan rejim haram aparteid Israel ke atas rakyat Palestin setiap hari.

Peminat Al Ain juga berasa kesal dan menegaskan, “Saya peminat kelab ini sejak kecil, tetapi sekarang saya menyatakan kebencian saya terhadapnya. Mengapa kita berbuat sedemikian kepada diri kita sendiri? Kita adalah orang Arab. Hidup Palestin!”

Sementara itu, peminat lain turut meluahkan kebimbangan mereka terhadap keputusan itu sekali gus membatalkan sumbangan mereka kepada kelab Arab, Al Ain FC.

Umum mengetahui, Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah salah satu negara Arab pertama yang melakukan hubungan normalisasi dengan rejim haram aparteid Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: