Tempatan

Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 13 Jun 2023 – Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM771,600 kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk membolehkan dua wad hospital dibuka segera.

Menerusi kenyataan media, KKM turut memaklumkan JKN Johor juga akan menerima 35 jururawat tetap dan perjawatan lain termasuk Penolong Perubatan Kesihatan manakala beberapa jawatan kontrak lain sedang menunggu untuk disahkan.

BACA JUGA: Melayu Murtad, Mengaku Buat Page Hentam Islam & Mahu Hidup Aman

BACA JUGA: Bakal Musnahkan Hutan Lumut, Aktivis Mohon Projek Tidak Diberi Kelulusan

BACA JUGA: KKM Pertimbang Semula Caj RM1 Di Klinik Kerajaan

Kelulusan itu diberikan berikutan lawatan mengejut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) baru-baru ini.

“Saya mengambil maklum mengenai lawatan mengejut YAB Menteri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghaz baru-baru ini,” ujar Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan tersebut.

Katanya, isu itu sememangnya dalam perhatian Kementerian Kesihatan (KKM) dan penyelesaian segera sedang dalam tindakan dengan kerjasama agensi pusat.

“KKM sentiasa komited dalam isu kekurangan petugas kesihatan di fasiliti KKM yang ditangani dengan sebaiknya bagi memastikan penempatan petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat menepati keperluan semasa sesebuah fasiliti.”

“Kemas kini data dan pemetaan dilaksanakan bagi memastikan agar tiada berlaku maldistribusi petugas malah ia dapat mengenal pasti keperluan dan kehendak optimum operasi di mana-mana hospital mahupun klinik kesihatan tersebut.”

Tambahnya lagi, waran peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM634,916 telah disalurkan kepada JKN Johor bagi perolehan aset bukan perubatan bagi memenuhi keperluan mendesak di HSI dan HSA.

Selain itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan semua pihak dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik diberikan kepada rakyat.

Katanya, usaha sedemikian dengan pendekatan ‘keseluruhan Kerajaan dan keseluruhan masyarakat’ adalah antara perkara penting yang digariskan melalui Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 13 Jun.

Terdahulu, tular rakaman lawatan mengejut Datuk Onn Hafiz ke HSI.

@onnhafiz

Syukur Alhamdulillah. Saya telah melawat Hospital Sultan Ismail (HSI) bersama YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, dan Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta pasukannya. #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

♬ original sound – Onn Hafiz – Onn Hafiz

Dalam lawatan tersebut, Datuk Onn Hafiz kelihatan terkejut melihat terdapat dua wad kosong yang memuatkan sebanyak 108 katil kerana berdepan kekurangan aset perubatan serta sumber manusia.

@onnhafiz Syukur Alhamdulillah. Saya telah melawat Hospital Sultan Ismail (HSI) bersama YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, dan Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta pasukannya. #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor ♬ original sound – Onn Hafiz

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: