Antarabangsa

Norway Perlu Iktiraf Negara Palestin – Shtayyeh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 14 September 2022 – Kerajaan Norway perlu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, ujar Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh semasa mesyuarat bersama dengan delegasi 15 ahli parlimen negara tersebut.

Dalam mesyuarat berkenaan, Mohammad Shtayyeh menekankan keperluan masyarakat antarabangsa untuk berusaha melindungi penyelesaian dua negara terutamanya berdasarkan dasar penempatan berterusan rejim haram aparteid Israel, pembunuhan dan penangkapan rakyat, pencerobohan harian dan rampasan tanah Palestin.

Lapor agensi media Palestin, beliau menegaskan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran di mana setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap tanggungjawab mereka agar pendudukan rejim haram aparteid Israel dapat dihentikan sekali gus menubuhkan negara Palestin.

Beliau turut menyeru Parlimen Norway untuk mengambil tindakan serius terhadap penempatan haram itu, di samping memboikot rejim haram aparteid Israel bukan sahaja dari segi barangan, malah memboikot syarikat dan institusi yang beroperasi di atas tanah rampasan Palestin.

Tegasnya, rejim haram aparteid Israel perlu ditekan supaya mematuhi perjanjian yang ditandatangani yang telah menjamin hak Palestin untuk mengadakan pilihan raya termasuk di Baitulmuqaddis. Ia dipercayai merupakan keperluan negara itu untuk ke arah perpaduan.

Walaupun Norway belum mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, ahli-ahli parlimen Norway mengesahkan sokongan berterusan negara mereka terhadap hak-hak rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: