Antarabangsa

WEF Dikritik ‘Munafik’, Bezakan Isu Ukraine Dengan Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TORONTO, 20 Januari 2023 – Khalid Sabawi, seorang pemuda yang merupakan anak pelarian Gaza percaya bahawa beliau telah digantung keahlian daripada Young Global Leaders berikutan surat yang dihantar oleh beliau mengenai layanan berbeza World Economic Forum terhadap isu Palestin dan Ukraine.

Young Global Leaders (YGL) sebuah organisasi antarabangsa yang diasaskan oleh Klaus Schwab yang juga merupakan peneraju utama World Economic Forum (WEF).

BACA JUGA: Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Kerajaan Tidak Bersungguh?

BACA JUGA: ADUN Cadang Ladang Babi Berpusat Di Wilayah Tengah Sarawak

BACA JUGA: Filem Pulau: Tidak Perlu Kaji Semula, Tiada Unsur Lucah

Sabawi percaya bahawa surat yang dihantar oleh beliau dan beberapa ahli YGL lain kepada Klaus Schwab mengenai tindakan WEF yang hanya berdiam diri terhadap perbuatan zalim Israel terhadap wilayah Palestin merupakan punca beliau dikecualikan.

Manakala WEF secara terbuka menzahirkan solidariti mereka bersama Ukraine setelah mana berlakunya krisis di antara Rusia dan Ukraine.

Surat yang dihantar oleh Sabawi bersama rakan-rakannya pada Mac lalu itu menyatakan bahawa mereka merasa terkesan terhadap tindakan WEF yang bersikap memilih bulu dalam isu moral dan solidariti.

Menurut Sabawi juga, surat tersebut telah dimaklum balas oleh Schwab menerusi sebuah e-mel dengan keadaan marah, di mana Schwab mengatakan bahawa Ukraine adalah kes yang istimewa serta turut menyatakan bahawa kandungan surat tersebut adalah bersifat “sangat menghina” dan “menyinggung perasaan”.

“E-melnya mendedahkan bahawa YGL dan WEF tidak berminat untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang saksama, sebaliknya, ia menyalahgunakan kuasanya dengan mengorbankan komuniti terpinggir di seluruh dunia,” kata Sabawi lagi.

Manakala Ketua bagi Forum of Young Global Leaders, Wadia Ait Hamza pula menyatakan bahawa tindakan menggantung keahlian Sabawi itu bukanlah disebabkan surat tersebut, namun pada masa yang sama Hamza tidak mempertikaikan kandungan email yang didedahkan oleh Sabawi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: