Antarabangsa

Selar Israel Terbabit 50 Holocaust – Presiden Palestin Ditegur Israel & Jerman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 18 OGOS 2022 – Canselor Jerman, Olaf Scholz pada hari semalam telah menyuarakan perasaan jijik terhadap kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menyatakan bahawa Israel telah melakukan “50 peristiwa Holocaust”.

“Dari tahun 1947 sehingga ke hari ini, Israel telah melakukan 50 pembunuhan di kawasan perkampungan serta bandar-bandar orang Palestin di Deir Yassin, Tantura, Kafr Qasim dan banyak lagi. (Mereka telah melakukan) 50 pembunuhan, 50 Holocaust,” kata Abbas ketika menjawab soalan mengenai peringatan 50 tahun serangan terhadap pasukan Israel di Olimpik Munich yang dilakukan oleh militan Palestin.

Kenyataan Abbas itu juga merujuk kepada peristiwa-peristiwa bersejarah di mana orang Palestin dibunuh oleh Israel pada perang 1948 yang mana disusuli oleh penubuhan negara haram Israel pada tahun-tahun berikutnya.

Berikutan kenyataan Abbas tersebut, Scholz telah mendakwa bahawa kenyataan Abbas tersebut telah memperlekehkan kepentingan peristiwa Holocaust. Manakala Israel pula mengatakan kenyataan Abbas tersebut sebagai sebuah penipuan besar.

“Perbuatan Mahmoud Abbas yang menuduh Israel sebagai pelaku ’50 Holocaust’ ketika berdiri di tanah Jerman bukan sahaja merupakan satu penghinaan moral, bahkan ianya adalah sebuah penipuan besar,” kata Yair Lapid, Perdana Menteri Israel.

“Sejarah tidak akan memaafkan beliau (Abbas)”, ujarnya lagi.

“Bagi kami orang Jerman, segala bentuk perbandingan bagi merujuk kepada kejadian Holocaust adalah tidak dapat diterima,” tegas Scholz menerusi akaun Twitternya.

“Saya berasa jijik dengan kenyataan melampau yang dibuat oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas,” katanya lagi.

Kenyataan Abbas tersebut dibuat setelah berlakunya ketegangan dan konflik pada bulan ini di mana 49 orang telah terbunuh di Gaza akibat siri serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Israel yang mana Israel mendakwa ianya adalah tindak balas terhadap ancaman daripada kumpulan militan Jihad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: