Antarabangsa

Silaturrahim UAE & Israel, Menteri Luar UAE Lawat Rejim Haram Aparteid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 15 September 2022 – Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abdullah bin Zayed Al Nahyan membuat lawatan rasmi ke rejim haram aparteid Israel hari ini, bertepatan dengan ulang tahun kedua perjanjian normalisasi antara kedua-dua negara.

Agensi media rejim haram aparteid melaporkan bahawa Perdana Menteri Yair Lapid akan menyambut kedatangan menteri tertinggi UAE di pejabatnya pada sebelah petang, di mana mereka akan mengadakan mesyuarat peribadi, kemudian mesyuarat rasmi yang meluas dengan kehadiran pembantu mereka.

Lawatan tersebut yang dijangka berlangsung selama beberapa hari akan membincangkan beberapa isu mengenai kepentingan bersama berkaitan hubungan UAE dan rejim haram aparteid Israel, peluang kerjasama dan perkongsian antara kedua-dua pihak.

 

Umum mengetahui, UAE merupakan negara teluk pertama yang memeterai hubungan normalisasi dengan rejim haram aparteid Israel pada September 2020 diikuti beberapa negara lain termasuk Bahrain, Morocco dan Sudan.

Perjanjian tersebut melanggar konsensus Arab yang menyatakan bahawa hubungan dengan Israel tidak harus diwujudkan sehingga termeterainya perjanjian damai yang membawa kepada penubuhan negara Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: