Antarabangsa

“Menjijikkan” Wakil AS Tempelak Kenyataan “Wipe Out” Menteri Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 03 Mac 2023 – Jurucakap Setiausaha Negara AS, Ned Price menempelak kenyataan dari seorang menteri Zionis, yang menyatakan bahawa sebuah kampung Palestin, Huwara, yang telah diserang oleh peneroka haram rejim haram aparteid Israel perlu “dihapuskan”.

“Komen ini adalah tidak bertanggungjawab. Ianya menjijikkan. Ianya amat menjijikkan,” kata Ned Price atas kenyataan dari Menteri Kewangan rejim Zionis, Bezalel Smotrich.

BACA JUGA: Banjir: TUDM Lakukan Penerbangan Ihsan Selamatkan Wanita Mengandung

BACA JUGA: CPTPP Tidak Beri Impak Negatif Kepada Sektor Pertanian

BACA JUGA: Sedekad Tragedi Hitam Lahad Datu

Berikutan itu, Jurucakap Setiausaha Negara AS tersebut menggesa Perdana Menteri rejim haram aparteid Israel, Benjamin Netanyahu untuk “secara terbuka dan jelas” menempelak kenyataan yang dibuat oleh Bezalel Smotrich.

Smotrich, ahli politik Israel berhaluan kanan yang juga menyelia pentadbiran awam di Tebing Barat yang dijajah, membuat kenyataannya beberapa hari selepas peneroka haram Israel menyerbu Huwara dan membakar berpuluh-puluh kereta dan rumah.

“Saya rasa kampung Huwara perlu dihapuskan. Saya rasa negara Israel patut melakukannya,” Smotrich dipetik sebagai berkata oleh media Israel pada hari Rabu.

Serangan itu telah mengorbankan seorang warga Palestin. Malangnya, menurut laporan akhbar Times of Israel, pihak berkuasa Israel hanya menangkap lapan suspek – daripada ratusan yang menyertai serangan Huwara – dan membebaskan kesemua mereka pada hari Selasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: