Tempatan

2.9 Juta Pengundi Baharu, Isu Bangsa & Agama Jadi Taruhan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Para penganalisa berpendapat bahawa sekitar 2.9 juta pengundi baharu di enam negeri akan mengundi di dalam pilihan raya akan datang yang mana isu bangsa agama akan menjadi faktor pemilihan yang utama.

Dalam keadaan di mana ramai menyangkakan kebanyakan daripada pengundi baharu di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memilih Perikatan Nasional, namun jumlah undi yang sengit dijangkakan akan berlaku di antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan di beberapa negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

BACA JUGA: Ummi Annur, Gadis Berhijab Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Udara AS

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Dibenarkan Mohon Operasi Pembenihan Awan

BACA JUGA: Syarikat Bukan Islam Dominasi Produk Bersijil Halal

Seorang penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi menyatakan bahawa anggaran 65% daripada pengundi baharu adalah daripada bangsa Melayu di mana keadaan ini akan memberi tekanan kepada negeri-negeri yang kini dipimpin oleh Pakatan Harapan seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau kemudiannya menyatakan bahawa retorik bangsa dan agama berkemungkinan akan mempengaruhi minda-minda pengundi muda di dalam keadaan di mana terdapat kekurangan naratif balas dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Manakala penganalisa dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan pula berpendapat bahawa para pengundi baharu akan memainkan peranan penting bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan walaupun beliau tidak menjangkakan penyertaan yang tinggi.

Namun beliau turut berpendapat bahawa retorik agama dan bangsa akan memberi kesan terhadap pengundi muda yang dapat membuat keputusan yang “tidak dapat difikirkan”.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid, seorang penganalisa politik daripada Universiti Sains Malaysia pula menyatakan bahawa walaupun isu berkaitan agama dan bangsa dapat menjadi faktor yang mempengaruhi para pengundi namun beliau berpendapat bahawa orang Melayu di Selangor tidak semestinya akan menolak Pakatan Harapan disebabkan faktor-faktor tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: