Antarabangsa

Ancaman Ugutan Keselamatan Menteri Pertahanan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 11 Ogos 2022 – Semua pemimpin pejuang Palestin perlu ‘bimbang’ jika mereka melanggar gencatan senjata yang sedang dilaksanakan, tegas Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz.

Menteri itu memberi amaran kepada para pejuang pembebasan Palestin bahawa Israel akan ‘bertindak’ keras sekiranya ketenangan mereka diganggu. Tambahnya lagi, pemimpin gerakan pejuang Palestin juga ‘tidak selamat di mana sahaja mereka berada’.

Benny Gantz berkata sedemikian ketika para pejuang Palestin menggesa diadakan ‘Hari Kemarahan’ pada hari Jumaat untuk mengecam keganasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, media Palestin melaporkan, empat rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel kurang daripada 48 jam selepas pelaksanaan perjanjian genjatan senjata di Semenanjung Gaza antara Israel dan gerakan Jihad Islam.

Sebelum ini Mesir bertindak sebagai orang tengah dalam melaksanakan perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan keganasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin selama tiga hari. Serangan tersebut telah mengorbankan 44 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 360 orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: