OIC Kecam Operasi Ketenteraan Rejim Zionis, 3,000 Tinggalkan Jenin
LONDON, 04 Julai 2023 – Rejim Zionis mendapat kritikan dari negara-negara Arab, OIC selepas ia melakukan pencerobohan dengan mengerahkan ratusan tentera dan menggunakan dron untuk menyerang sasaran kubu kuat militan di Tebing Barat yang diduduki pada awal Isnin.
Menurut seorang pegawai Palestin yang bercakap lewat pada hari Isnin, kira-kira 3,000 rakyat Palestin telah meninggalkan kem pelarian Jenin selepas pencerobohan rejim Zionis itu.
BACA JUGA: Pemimpin Bersatu Dakwa DAP Kerap Ugut Tun M Ketika Jadi PM
BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Kemaman: Kawasan Perkelahan Jeram Mawar Ditutup
Pegawai kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dalam pencerobohan itu dan 50 orang cedera termasuk beberapa yang masih dalam keadaan kritikal.
Kumpulan Hizbullah Lubnan turut mengutuk serangan itu dengan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa rakyat Palestin mempunyai banyak alternatif dan cara yang akan membuat musuh menyesali perbuatannya.
Jurucakap Jihad Islam, Dawood Shehab, kumpulan dengan kehadiran besar di Jenin, mengancam untuk melancarkan serangan dari kubu kuatnya di Semenanjung Gaza jika pencerobohan rejim Zionis terhadap Jenin tidak berhenti.
Menurut Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, rakyat Palestin kita tidak akan berlutut, tidak akan menyerah, tidak akan menaikkan bendera putih dan akan tetap teguh di tanah mereka dalam menghadapi pencerobohan kejam ini.