Antarabangsa

Tuduhan Tanpa Bukti, PBB Gesa Israel Batalkan Status Pengganas Organisasi Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 19 Ogos 2022 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel membatalkan status pengganas yang dibuat terhadap enam pertubuhan hak asasi manusia Palestin kerana ketiadaan bukti yang menyokong tuduhan tersebut.

Baru-baru ini, Israel membuat tuduhan pengganas terhadap enam organisasi yang memperjuangkan hak asasi manusia di Palestin iaitu Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Addameer, Al-Haq, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Bisan, Kesatuan Jawatankuasa Wanita Palestin (UPWC), Pertubuhan Pertahanan untuk Kanak-Kanak Antarabangsa-Palestin (DCIP) dan Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian (UAWC).

Lapor portal media Arab, Menteri Pertahanan Benny Gantz mendakwa bahawa enam pertubuhan berkenaan telah mengumpul dana untuk kumpulan militan berhaluan kiri Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) yang dipercayainya sebagai organisasi pengganas.

Namun begitu, Israel tidak mendedahkan sebarang bukti menyokong tuduhan tersebut secara terbuka.

“Walaupun mereka berbuat sedemikian, pihak berkuasa Israel tidak mengemukakan sebarang bukti yang boleh dipercayai kepada PBB untuk mewajarkan tuduhan ini,” kata Pejabat Hak Asasi Manusia PBB.

Dalam pada itu, sembilan negara Kesatuan Eropah (EU) juga bersepakat meneruskan kerjasama dengan organisasi terbabit.

“Tuduhan melampau mengenai penyalahgunaan dana EU berhubung organisasi Palestin belum dibuktikan. EU akan terus berpegang pada undang-undang antarabangsa dan menyokong organisasi masyarakat sivil,” tegas Jurucakap Ketua Diplomasi EU, Josep Borrell Nabila Massrali.

Shawan Jabarin, Pengarah Al-Haq juga berikrar untuk terus bekerja dan mengatakan, “Kami ditubuhkan di sini bukan oleh Israel, bukan dengan keputusan mereka, dan kami akan meneruskan kerja kami.”

Turut menyatakan sokongan, Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh berkata, “Ini bukan sahaja organisasi bukan kerajaan (NGO), tetapi ia juga institusi negara Palestin. Oleh itu, selagi mereka bekerja mengikut undang-undang, kami akan berdiri teguh dengan mereka.”

Dalam sebuah kenyataan, PBB menggesa kerajaan Israel untuk mengelak daripada membuat sebarang tindakan yang akan menghalang pertubuhan-pertubuhan tersebut meneruskan kerja hak asasi manusia, kemanusiaan dan pembangunan di wilayah Palestin yang diduduki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: