Antarabangsa

Rakyat Lubnan Guna Bot Untuk Protes Sempadan Maritim Dengan Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIRUT, 05 September 2022 – Aktivis Lubnan menampilkan 40 buah bot sebagai tanda protes bagi melindungi hasil minyak negaranya yang juga dalam usaha menyelesaikan pertikaian di sempadan maritim dengan rejim haram aperteid Israel.

Bot-bot itu bergerak dari Pelabuhan Tripoli dan sepanjang pantai yang diiringi oleh tentera ke arah Ras Al-Naqoura, titik sempadan selatan, di bawah slogan “Minyak Lubnan Milik Lubnan”.

Presiden Lubnan, Michel Oun turut menyokong protes itu dengan menulis di Twitter, “Belia Lubnan yang mengambil bahagian dalam kempen maritim, mempertahankan hak penuh Lubnan ke atas perairan, sempadan dan hasilnya.”

Tambahnya lagi, hasil negara mereka adalah milik generasi negara itu.

Malahan, kumpulan aktivis yang terlibat turut menaikkan bendera dan sepanduk Lubnan dalam Bahasa Inggeris dan Ibrani di atas bot sebagai tanda mengesahkan hak mereka terhadap hasil minyak dan menuntut pemulihan sempadan maritim dan hasil minyak.

Penyelaras kempen, Hani Suleiman berkata, kempen itu merupakan mesej kepada pengantara Amerika Syarikat (AS) untuk berhenti menyebelahi rejim haram aperteid Israel kerana ia tidak memberi manfaat kepada mereka dan juga mesej kepada Israel bahawa mereka mempertahankan hak kami.

Jelas beliau, penandaan sempadan maritim itu sangat penting kepada Lubnan kerana ia akan memudahkan penerokaan hasil minyak dalam perairan wilayahnya.

Protes itu telah telah menggagalkan proses penggalian yang dijadualkan pada awal September ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: