Konflik Yaman-Ahli Politik, Hakim Senior Dibunuh Kejam
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AL-MUKALLA, 03 September 2022 – Sebuah kumpulan bersenjata membunuh seorang Hakim Mahkamah Agung dan seorang ahli politik Yaman dalam sebuah kejadian yang dipercayai sebagai perbalahan dalaman kumpulan Houthis.
Portal antarabangsa melaporkan, hakim, Mohammed Hamran dibunuh dua hari selepas diculik, manakala ahli politik Yaman, Brigedier Jeneral Abdullah Mohammed Al-Kibsi, yang merupakan bekas ahli parlimen ditembak mati di luar rumahnya.
Moammer Al-Eryani, Menteri Penerangan Kerajaan percaya Mohammed Hamran dibunuh kerana wartawan yang menyokong kumpulan Houthi secara agresif menghasut pengganas untuk menyerangnya.
Media melaporkan, beberapa orang yang terdiri dari ahli politik, ahli akademik, aktivis dan tokoh keselamatan dan tentera yang setia kepada Houthi telah dibunuh di seluruh wilayah Yaman di bawah kawalan Houthi.
Pembunuhan itu telah mengesahkan laporan pertempuran berdarah antara pelbagai kumpulan dalam pergerakan itu.