Antarabangsa

Penulis Buku ‘The Satanic Verses’ Salman Rushdie Ditikam!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 13 Ogos 2022 – Salman Rushdie, penulis yang dilabel murtad dan pernah menggemparkan dunia Islam dan Muslim sedunia dengan bukunya ‘The Satanic Verses’ yang dikatakan tokoh-tokoh Islam sebagai “telah menghina Nabi” dilaporkan media-media antarabangsa beberapa jam lepas telah ditikam oleh penyerang yang telah dikenal pasti.

Kejadian tersebut berlaku di New York pada satu majlis ceramah pada Jumaat kelmarin apabila lelaki yang mengaku atheis tegar itu ditikam di bahagian leher dan pinggang sehinggakan terpaksa diterbangkan ke hospital dengan kadar segera.

Terkini, Reuters melaporkan, setelah beberapa jam menjalani pembedahan, Salman Rushdie masih tidak mampu bercakap dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Ejen bukunya, Andrew Wylie menulis di emel, “Salman mungkin kehilangan fungsi sebelah mata, urat saraf sebelah tangannya juga rosak teruk; organ hati beliau juga rosak akibat ditikam.”

Kejadian tersebut mendapat kecaman tokoh- tokoh dunia Barat yang rata-rata terkejut dengan perkembangan terkini novelis kelahiran Mumbai, India itu yang sudah puluhan tahun hidup dibayangi fatwa hukuman mati akibat penerbitan buku “The Satanic Verses” yang dilabel menghujat dan menghina Islam sehinggakan hampir 10 tahun beliau hidup dalam persembunyian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: