Antarabangsa

Zaman Dunia Ikut Telunjuk Orde Dunia Barat Bakal Berakhir – Rusia/China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 16 September 2022 – Rusia dan Beijing bersetuju bahawa teras sistem unipolar sudah mula goyah manakala realiti baharu bakal muncul, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, lapor sebuah portal berita tempatan.

“Kami percaya dan sepakat dengan sahabat kami bahawa kewujudan dunia unipolar adalah mustahil.”

“Moscow dan Beijing bersetuju adalah mustahil apabila apa yang digelar ‘Keemasan Bilion’ menuntut hak untuk mencipta peraturan dalam bidang ekonomi dan politik serta memaksa negara lain mengikut telunjuknya,” kata Peskov.

Menurut portal itu, jika di Rusia, Keemasan Bilion itu merujuk kepada Amerika Syarikat (AS), Eropah serta negara Barat yang lain.

Peskov turut memetik kata-kata Presiden Rusia, Vladimir Putin bahawa “Model unipolar yang lapuk sedang digantikan oleh orde dunia baharu berdasarkan prinsip keadilan dan kesaksamaan.”

Putin bahkan mengatakan bahawa pusat-pusat politik serta ekonomi yang kuat sedang bergerak ke arah order dunia baharu itu yang sedang dibentuk di Asia Pasifik.

Jun lalu, Xi Jinping menyifatkan bahawa Rusia dan China mempunyai hubungan yang baik di peringkat tinggi apabila kedua-dua negara itu meningkatkan kerjasama perdagangan apabila Rusia menjadi pembekal minyak utama serta komoditi lain kepada China.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: