Tempatan

Gempa 3.2 Skala Richter Di Sabah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KOTA KINABALU, 13 Oktober 2022 – Kunak, Sabah dilanda gempa bumi lemah berskala 3.2 Skala Richter sekitar jam 11.10 malam semalam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

METMalaysia menerusi hantaran di laman rasmi Twitternya berkata gempa itu dikesan 13 kilometer di barat daya Kunak pada kedalaman 10 kilometer.

Berdasarkan komen warga maya pada hantaran oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di laman Facebook, terdapat individu yang turut merasai gegaran yang dianggarkan hampir tiga saat.

Malah, ada juga yang mendakwa gegaran itu kuat sehingga lantai rumah mereka bergegar.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak bagaimanapun memaklumkan tiada aduan atau panggilan kecemasan yang diterima susulan kejadian itu.

Susulan itu, METMalaysia menyatakan bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: