Antarabangsa

‘Himpunan Keluarga Besar’ Pupuk Nilai Kekeluargaan Turki Melawan Agenda LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 21 September 2022 – Himpunan Keluarga Besar yang bertujuan untuk memupuk nilai kekeluargaan Turki dalam menentang Agenda LGBT telah diadakan di Istanbul pada Ahad lalu.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, seorang pengarang Islamik yang juga penganjur himpunan itu, Abdurrahman Uzun turut mengumpulkan tandatangan daripada orang ramai dalam perhimpunan itu atas deklarasi bertajuk “Lindungi keluarga dan generasi anda, katakan tidak kepada ajaran sesat.”

Kata beliau, komuniti LGBT ini bakal berkumpul di seluruh Turki pada masa akan datang di mana komuniti itu sedang melakukan ‘serangan’ terhadap keluarga mereka.

Perhimpunan itu bahkan mengutuk sekeras-kerasnya atas ‘propaganda’ gay di negara berkenaan di mana ia merupakan acara yang dilarang.

Kata laporan itu lagi, perarakan dan acara LGBT telah diharamkan di Turki sejak bertahun-tahun sekali gus mencerminkan kuatnya dasar sokongan kepada Islam oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Pada Jun lalu, pihak berkuasa bandar Istanbul telah melarang penganjuran acara Minggu Pride Tahunan Ke-30 apabila Gabenor Daerah Istanbul memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang acara berlangsung sama ada di jalanan mahu pun di rumah.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, 373 orang telah ditahan sewaktu Perarakan Pride Istanbul pada 26 Jun 2022 lalu yang terdiri daripada komuniti LGBT, pembela serta organisasi LGBTIQ+.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: