Tempatan

7 Negeri Dilanda Kemarau September Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 16 Ogos 2022 – Tujuh buah negeri di seluruh Malaysia; Selangor, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Sabah serta Sarawak telah dikenal pasti dan akan diberi tumpuan lebih oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) susulan jangkaan musim kemarau yang akan melanda seluruh negara pada September depan.

“Di Selangor di kawasan Banting, Johan Setia, Sepang dan di utara adalah Pulau Pinang iaitu di tanah besar dan juga kawasan bukit di sebelah pulau,” ujar Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

“Di Kedah kita memastikan bahawa kawasan-kawasan sawah untuk penanaman padi dan juga pembakaran jerami kita minta ia supaya dikawal. Jadi ‘hot spot’ ini apabila kita kenal pasti kita akan meletakkan segala aset kita di pangkalan hadapan sekali.”

Beliau turut memaklumkan, kebiasaannya selepas Monsun Timur Laut berakhir, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan pada tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrem.

Ketua Pengarah JBPM itu berharap, pihak komuniti setempat dapat memberikan kerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan aktiviti pembakaran terbuka dihentikan selain membuat laporan kepada agensi berkaitan sekiranya ternampak ia dilakukan di mana-mana kawasan.

“Pihak pengurusan tempat pelupusan sampah juga diminta memantau kawasan terbabit bagi mengelakkan aktiviti pembakaran kerana bimbang ia akan menyebabkan berlaku jerebu dan asap yang tidak sihat serta menjadi punca kepada masalah kesihatan masyarakat,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: