Antarabangsa

China Bagi Amaran Kemunculan Semula Wabak COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 12 Ogos 2022 – Amaran kemunculan semula wabak COVID-19 yang pernah menjadi pandemik di seluruh dunia telah dikeluarkan oleh China.

Menurut Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Mi Feng, ia susulan China kini sedang berdepan wabak COVID-19 yang terbaru dengan kadar kebolehjangkitan yang pantas.

Wabak COVID-19 terbaharu di bandar pesisir pantai Sanya di wilayah Hainan di selatan China serta wabak di peringkat wilayah seperti Xinjiang, Mongolia Dalam dan Guangdong sedang menular dengan begitu pantas, ujar beliau.

Tambah Mi Feng, sembilan daerah di peringkat wilayah di China masing-masing telah melaporkan lebih 100 kes COVID-19 sejak Ogos, dengan lebih 2,000 jangkitan di Hainan.

Selain itu, beberapa wilayah sebelum ini yang melaporkan berada pada tahap jangkitan telah dapat dikawal juga telah beralih kepada status risiko penularan yang tinggi seperti di Wilayah Autonomi Tibet, kata Mi Feng.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan mengenai peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, yang juga merekodkan pertambahan kemasukan kes ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

31 daripada 68 individu yang dirawat di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala seramai 1,577 kes dirawat di hospital, 35 kes ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) selain 12 kematian direkodkan semalam, lapor samudera.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: